Rancangan Organisasi
1. Matlamat dan strategi organisasi
Misi Organisasi
v Memaksimumkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
v Menyediakan pelbagai produk kek batik dan suci dalam debu yang dapat memenuhi kepuasan dan permintaan pengguna.
v Menghasilkan jenis variasi rasa kek batik dan suci dalam debu yang terkini.
v Memastikan kemampuan perniagaan untuk bersaing dengan pesaing di pasaran.
Matlamat Organisasi
Matlamat utama setiap organisasi adalah untuk memperolehi keuntungan dan terus kekal sebagai organisasi yang berdaya saing. Matlamat organisasi ini adalah untuk
v Memastikan perniagaan terus unggul dalam memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik.
v Memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan, pekerja dan pelanggan.
v Memastikan kebajikan pekerja terjamin.
2. Strategi jangka pendek
² Memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan
² Mengekalkan kesetiaan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
² Memaksimumkan keuntungan.
² Menghasilkan produk kek batik dan suci dalam debu mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan.
² Memperluaskan pasaran.
² Sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggan.
3. Strategi jangka panjang
² Sentiasa menyediakan kek batik dan suci dalam debu mengikut piawaian standard.
² Mengekalkan harga standard.
² Memaksimumkan kepuasan pelanggan.
² Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan-cawangan di setiap negeri di Malaysia.
4. Carta Organisasi
5. Fungsi dan tanggungjawab
Pengurus besar, pentadbiran, dan operasi
ü Merancang dan mengenalpasti dasar-dasar syarikat, menentukan misi, membentuk peraturan dan prosedur syarikat.
ü Mengawal dan memberi arahan kepada kakitangan bawahan.
ü Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.
ü Menjaga kebajikan pekerja.
ü Berfungsi menyusun jadual dan menguruskan hal produktiviti pengeluaran.
ü Mengawal mutu pengeluaran, jumlah pengeluaran dan urusan pembelian input.
ü Memastikan perkhidmatan bermutu dan kualiti sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.
ü Menyelenggara komen, pendapat dan sebagainya daripada pelanggan.
ü Memastikan produk yang dikeluarkan sentiasa mencukupi.
ü Membuat penyata keperluan stok dan inventori.
ü Merekod jualan harian.
ü Memastikan keadaan kedai sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.
Pengurus kewangan dan pemasaran
ü Menyedia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat agar selaras seperti yang dirancang.
ü Melakukan urusan pembahagian keuntungan, penyata untung rugi, penyata pendapatan dan penyata kira-kira.
ü Bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan menyimpan wang syarikat ke dalam bank untuk dijadikan sebagai modal pusingan dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan perniagaan.
ü Memastikan hasil keluaran mendapat tempat dan memenuhi kehendak pelanggan.
ü Menyedia urusan promosi serta menghebahkan kemunculan syarikat kepada orang ramai.
ü Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat kepada orang ramai.
ü Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat (papan tanda dan tanda arah)
ü Memastikan sasaran pasaran harian tercapai dan pelanggan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan syarikat.
ü Melakukan pelbagai aktiviti untuk menghargai pelanggan seperti potongan harga, pemberian baucer serta kad ahli.
6. Senarai kakitangan
Bil | Jawatan | Bilangan pekerja |
1. | Pengurus besar, operasi dan pentadbiran | 3 |
2. | Pengurusan pemasaran dan kewangan | 1 |
3. | Pekerja Am | 2 |
4. | Juru Kek | 2 |
5. | Juru Kuih | 2 |
6. | Jurujual | 3 |
Jumlah | 13 | |
7. Bayaran imbuhan kepada kakitangan
Ø Cuti sakit
Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecederaan ataupun kemalangan semasa bekerja, pihak syarikat akan memberi cuti bergaji di samping memberi rawatan perubatan secara percuma.
Ø Cuti tahunan
Pihak syarikat akan memberi cuti tahunan kepada pekerja selama dua minggu ataupun 14 hari.
Ø Kebaikan gaji
Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan akan diberi kenaikan gaji. Pihak syarikat juga akan memberi gaji bonus pada setiap hujung tahun bergantung kepada peratus keuntungan yang diperolehi pada tahun berkenaan.
Ø Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Bagi menjamin masa depan pekerja, mereka diwajibkan mendaftar dalam KWSP.
Comments
Post a Comment