Skip to main content

Rancangan Pemasaran

 Rancangan Pemasaran

1. Produk yang ditawarkan

Anz Bakery mengeluarkan produk seperti kek batik dan suci dalam debu. Selain itu Anz Bakery juga menawarkan perkhidmatan penghantaran produk kepada pelanggan. Pelanggan boleh membuat tempahan kek batik dan produk lain untuk majlis perkahwinan, sebagai cenderahati dan sebagainya. Selain itu, Anz Bakery juga menawarkan perkhidmatan istimewa iaitu gerai bergerak, di mana pelanggan boleh mendekorasi sendiri kek cawan mereka. Pelanggan juga boleh membuat tempahan Perkhidmatan ‘Gerai bergerak’ untuk majlis hari jadi, sambutan hari keluarga dan sebagainya.

2. Saiz pasaran

Sasaran pasaran Anz Bakery tertumpu daerah Kuala Ketil, Alor Setar, Kuala Muda dan membakut di mana ia merangkumi kawasan seluas 30 kilometer radius. Jumlah penduduk di kawasan Kuala Ketil adalah kira-kira 61,698 orang, manakala jumlah penduduk di kawasan Alor Setar 56,634. Penduduk yang tinggal di sekitar pekan Kuala Muda pula dianggarkan seramai 10,000 orang. Berdasarkan pencapaian jualan pada tahun 2013 iaitu RM 119,208.00 maka purata seorang penduduk membelanjakan lebih kurang RM19.20. Seorang dalam setahun (RM 119,208.00/10,000)

3. Sasaran pasaran

Terdapat beberapa kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti akan menjadi penyumbang utama kepada peningkatan jualan syarikat. Antaranya ialah:

i. Kawasan taman perumahan

ii. Pasaraya

iii. Kawasan perkmpunagn

iv. Pengguna stesen minyak yang berdekatan

4. Persaingan

 

Bil

Nama Syarikat

Kekuatan

Kelemahan

1.

Fairy Bakery

Ø Lokasi agak menarik

Ø Mempunyai pelanggan yang tetap

Ø Telah lama beroperasi iaitu pada tahun 2012

Ø Cawangan syarikat terkenal dan sudah dikenali

² Kesukaran pelanggan untuk mencari tempat letak kereta

² Sering bertukar pekerja

² Susun atur kedai kurang menarik

² Kurang kepelbagaian produk

2.

Kedai Kek Sedap

ü Produk berkualiti dan lazat

ü Memiliki pelanggan tetap

ü Hubungan baik dengan pembekal

ü Menawarkan pelbagai jenis dan rekaan kek.

Premis perniagaan kecil

Kurang mesin dan alat menyebabkan kadar pengeluaran terhad

Tidak mempunyai tenaga pekerja yang ramai

Harga yang ditawarkan lebih mahal dari harga FB dan AB


5. Syer pasaran

Berdasarkan kepada prestasi jualan Anz Bakery pada Jan- Dis 2020, Anz Bakery dijangkamenguasa syer pasaran sebanyak 18% berbanding Fairy Bakery 41%  dan selebihnya dikuasai oleh Kedai Kek Sedap. Peratusan ini merupakan anggaran berdasarkan tahap penerimaan pelanggan ke premis masing-masing. Walaubagaimanapun, peratusan syer pasaran bagi Anz Bakery dijangka akan meningkat dengan menambah keluasan premis, penambahan tenaga kerja serta mesin dan peralatan.

6. Ramalan jualan

Ramalan jualan ini  dibuat berdasarkan saiz pasaran sekarang dan akan datang selain mengambil kira syer pasaran yang dimiliki oleh syarikat.

7. Strategi pasaran

I. Produk

Produk utama yang ditawarkan oleh Anz Bakery ialah kek batik dan pelbagai jenis suci dalam debu yang pasti memenuhi citarasa pelanggan. Pelanggan boleh membuat pilihan kek batik yang pelbagai saiz, rasa, rekaan dengan harga yang berpatutan. Di samping itu, Anz Bakery turut menawarkan perkhidmatan Gerai Bergerak, di mana pelanggan berpeluang mendekorasi kek batik mengikut citarasa masing-masing menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Selain daripada kek batik, Anz Bakery turut mengeluarkan produk lain seperti kek dan suci dalam debu.

Anz Bakery amat mementingkan citarasa pelanggan, oleh itu produk yang dihasil bukan sahaja mempunyai rasa yang enak malahan memikat hati pada pandangan pertama. Selain itu, produk ini pastinya bersih, suci dan halal. Status ini tidak dapat dipertikaikan kerana Anz Bakery mempunyai sijil HALAL dari pihak Jakim.

II. Harga

Harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah berpatutan dan kompetitif. Harga ditentukan berdasarkan kos pengeluaran yang ditanggung dan ditambah dengan keuntungan 20%. Selain itu, Anz Bakery turut menyediakan harga istimewa bagi tempahan untuk majlis keramaian mengikut pakej-pakej yang telah disediakan.

III. Lokasi

Lokasi premis perniagaan adalah strategik seperti yang diterangkan dalam latar belakang perniagaan. Ia berdekatan dengan kawasan perumahan, perkampungan, stesen minyak dan pasaraya.

IV. Saluran Pengedaran

Selain daripada walk-in customers, Anz Bakery juga mengambil berat tentang tempahan daripada pelanggan. Untuk itu Anz Bakery telah menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma bergantung kepada kuantiti, jenis tempahan dan jarak kawasan di sekitar 15 kilometer.

V. Promosi

Promosi penting bagi memperkenalkan dan meluaskan pasaran bagi produk Anz Bakery kepada pelanggan. Menyedari kepentingan promosi kepada kadar permintaan pelanggan. Anz Bakery telah menyediakan peruntukan untuk tujuan promosi seperti berikut.

1. Flyers (Risalah)

Poster kecil yang mengandungi pelbagai maklumat tentang produk Anz bakery , diedarkan di kawasan perumahan dan perkampungan berdekatan serta kawasan sekolah dan pejabat kerajaan. Cara ini amat menjimatkan tetapk sangat berkesan.

2. Pamplet (Katalog)

Selain daripada risalah, Anz Bakery turut menyediakan katalog yang mengandung maklumat tentang jenis produk , harga dan pakej-pakej yang ditawarkan . Rekaan katalog yang menarik dan berwarna-warni dijangka dapat menarik pelanggan untuk membuat tempahan. Memandangkan kos untuk mencetak katalog ini agak tinggi Anz Bakery telah mencetak dalam dua versi iaitu berwarna dan hitam putih.

3. Kad Perniagaan

Kad perniagaan Anz Bakey mengandungi nama, nombor telefon , alamat premis dan laman sesawang serta jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kad ini dapat menjado rujukan pantas untuk pelanggan untuk menghubungi Anz Bakery. 

4. Banner/Kanvas Bercetak

Banner ini dipasang di kawasan-kawasan strategik seperti bagi memperkenalkan Anz Bakery kepada pelanggan-pelanggan. Walaupun kos agak murah tetapi kadar susut nilai adalah tinggi. Bagi mengelakkan banner menjadi pudar atau rosak, Anz Bakery akan memilih kawasan yang selamat dan bersesuaian.

5. Internet

ØBlog

Blog ini menyediakan maklumat tentang produk Anz Bakery, seperti kadar harga dan jenis-jenis produk yang tempahan juga boleh kami hasilkan. Selain itu, tempahan juga boleh dibuat melalui blog Anz Bakery.

ØFacebook dan Instagram

Facebook dan Instagram merupakan ruang sosial yang semakin menjadi tumpuan, Anz Bakery mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan produk. Cara ini bukan sahaja cepat dan pantas, malahan  mudah dan tidak mengurangkan kos promosi.


8. Perbelanjaan pemasaran

Bil

Perkara

Jumlah (RM)

1.

Gaji Kerani Jualan (1 X RM1,100 X 12)

13,200

2.

Gaji Penghantar Produk (1 X RM1000 X 12)

12,000

3.

KWSP/SOCSO

4,000

4.

Belanja Perjalanan

2,500

5.

Belanja Periklanan

- Kad Perniagaan

- Banner

- Katalog

- Risalah

 

60

70

60

40

 

 

JUMLAH

RM31,930

 

Comments

Popular posts from this blog

Objektif

  Objektif 1- Meluaskan pasaran produk Anz Bakery ke seluruh Semenanjung dan juga menembusi pasaran sabah dan sarawak serta ke luar negara . 2- Melantik stokis di setiap negeri dan daerah dimana stokis Negeri membangunkan dan memasarkan di setiap daerah . 3- Memasarkan produk ke Hypermarket seperti Mydin, Lotus, Giant , Aeon Big dan lain-lain Hypermarket yang mana pasaran produk kering keluaran Bumiputera dan halal amat berpotensi.   4- Meningkatkan promosi tang lebih agresif di mana perancangan Anz Bakeri ialah mempromosikan produk di media utama iaitu di Televisyen , Radio, akhbar dan juga di Internet . 5- Menambah baik kualiti setiap produk di mana pihak syarikat akan memperuntukkan sejumlah pelaburan untuk Research dan Development ( R & D) 6- Mengembang dan meningkat serta menaik taraf Sistem Ala Francais dengan Meluas dan Ebih Bersistematik . 7- Menyediakan kumpulan pengurusan dan kakitangan sokongan yang komited , cekap dan Berdisiplin untuk menyokong sistem operasi ...

Kesimpulan

  Kesimpulan   Daripada perancangan yang kami hasilkan, kami berpendapat bahawa syarikat kami iaitu Anz Bakery, sebuah perniagaan yang berasaskan produk kek batik dan suci dalam debu mampu melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara sihat dengan syarikat-syarikat kek lain yang ada di pasaran. Dengan modal yang mencukupi dan komitmen yang padu daripada setiap ahli, maka kami optimis dengan perniagaan yang kami ceburi ini, Tambahan pula, masyarakat kini, tidak kira tua atau muda mahupun kanak-kanak masing-masing lebih gemar serta menitikberatkan kesedapan dan keunikan rasa kek yang disediakan. Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang rapi yang telah kami atur, kami mampu untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah sedia ada. Dalam operasi kami menggunakan ketuhar industri yang tahan lasak dan pekerja-pekerja yang berkemahiran dan terlatih. Dengan ini kami berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi citarasa pelanggan. Kami juga amat yakin ...