Skip to main content

Rumusan Eksekutif

Rumusan Eksekutif

Syarikat Anz Bakery telah ditubuhkan pada 17 Mei 2021. Anz Bakery ditubuhkan untuk menceburi bidang Pembuatan Kek dan Biskut. Makanan yang dibuat akan dijual kepada semua golongan usia tanpa had umur dan ianya sesuai untuk semua pelanggan tanpa mengira bangsa dan budaya. Perniagaan ini diusahakan dengan perkongsian oleh 3 orang sahabat baik iaitu Nurul Ainin Aida, Nur Nashira dan Nur Zulaikha.

Pengusaha syarikat ini iaitu Nur Nashira  dibantu juga oleh Nur Zulaikha dan juga Nurul Ainin Aida telah berusaha sehabis baik untuk mengetengahkan kek batik dan suci dalam debu ini kepada pasaran makanan Malaysia dan juga ingin membuktikan bahawa makanan yang kami keluarkan ini lain dari daripada yang lain. Memandangkan tahap persaingan yang tinggi di kalangan perniagaan biskut dan kek pada zaman ini, Anz Bakery akan melipatkan gandakan usaha untuk meneruskan strategi pemasaran dan membaiki kelemahan-kelemahan yang ada dengan kelebihan yang lebih baik. Oleh itu, Anz Bakery menitikberatkan tentang kualiti pengeluaran dan tahap kebersihan yang lebih baik.

Sekiranya perniagaan kami berada di pasaran Malaysia yang tinggi, kami akan memperkenalkan menu dan resepi baru bagi menjamin tahap persaingan berada dalam keadaan terkawal dan lebih enak dan sesuai untuk semua golongan usia untuk dimakan. Selain itu, kami juga akan membuat promosi yang menarik kepada para pelanggan seperti diskaun kuantiti, set meal (pakej makanan) dan kupon diskaun.

Dari segi kekuatan pengurusan, Anz Bakery memiliki pekerja-pekerja yang berdedikasi dan bersemangat tinggi malah komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka. Pihak atasan bagi organisasi tertinggi syarikat Anz bakery juga sangat menitikberatkan tahap disiplin serta prestasi yang cemerlang dalam kalangan pekerja-pekerja. Hal ini kerana perkara amatlah penting bagi mencapai objektif syarikat disamping memajukan perniagaan yang dijalankan.

Comments

Popular posts from this blog

Rancangan Pemasaran

  Rancangan Pemasaran 1.  Produk yang ditawarkan Anz Bakery mengeluarkan produk seperti kek batik dan suci dalam debu. Selain itu Anz Bakery juga menawarkan perkhidmatan penghantaran produk kepada pelanggan. Pelanggan boleh membuat tempahan kek batik dan produk lain untuk majlis perkahwinan, sebagai cenderahati dan sebagainya. Selain itu, Anz Bakery juga menawarkan perkhidmatan istimewa iaitu gerai bergerak, di mana pelanggan boleh mendekorasi sendiri kek cawan mereka. Pelanggan juga boleh membuat tempahan Perkhidmatan ‘Gerai bergerak’ untuk majlis hari jadi, sambutan hari keluarga dan sebagainya. 2.  Saiz pasaran Sasaran pasaran Anz Bakery tertumpu daerah Kuala Ketil, Alor Setar, Kuala Muda dan membakut di mana ia merangkumi kawasan seluas 30 kilometer radius. Jumlah penduduk di kawasan Kuala Ketil adalah kira-kira 61,698 orang, manakala jumlah penduduk di kawasan Alor Setar 56,634. Penduduk yang tinggal di sekitar pekan Kuala Muda pula dianggarkan seramai 10,000 orang. ...

Objektif

  Objektif 1- Meluaskan pasaran produk Anz Bakery ke seluruh Semenanjung dan juga menembusi pasaran sabah dan sarawak serta ke luar negara . 2- Melantik stokis di setiap negeri dan daerah dimana stokis Negeri membangunkan dan memasarkan di setiap daerah . 3- Memasarkan produk ke Hypermarket seperti Mydin, Lotus, Giant , Aeon Big dan lain-lain Hypermarket yang mana pasaran produk kering keluaran Bumiputera dan halal amat berpotensi.   4- Meningkatkan promosi tang lebih agresif di mana perancangan Anz Bakeri ialah mempromosikan produk di media utama iaitu di Televisyen , Radio, akhbar dan juga di Internet . 5- Menambah baik kualiti setiap produk di mana pihak syarikat akan memperuntukkan sejumlah pelaburan untuk Research dan Development ( R & D) 6- Mengembang dan meningkat serta menaik taraf Sistem Ala Francais dengan Meluas dan Ebih Bersistematik . 7- Menyediakan kumpulan pengurusan dan kakitangan sokongan yang komited , cekap dan Berdisiplin untuk menyokong sistem operasi ...

Rancangan Kewangan

  Rancangan Kewangan   1.  Kos Projek   Perkara Unit Status Nilai (RM) Bangunan 1 buah Sewa 24,000 (2,000/bulan) Van 1 buah Pinjaman 40,000 Peralatan Pejabat 6 set Belian tunai 2,500 Ketuhar 9 buah Belian tunai dan kredit 500,000 Perabot dan almari 10 set Belian tunai 31,500 Komputer 5 set Belian tunai 15,000 Jumlah 613,000   2.  Sumber Pembiayaan   Modal sendiri (Ahli kongsi) Nilai Sumbangan Nur Nashira Binti Nasir RM 150,000.00 Nur Zulaikha Binti Mahadzir RM 150,000.00 Nurul Ainin Aida Binti Jais RM 500,000.00 Jumlah RM 800,000.00   3.  Pinjaman Tujuan memohon pinjaman : Sebagai modal tambahan untuk membiayai syarikat pinjaman dibuat melalui Bank Bumiputera- Commerce pada kadar faedah 5% setahun. Jangka masa pembayaran balik pinjaman Rm500,000.00 adalah dalam tempoh 5 tahun. 4.  Jadual bayaran balik pinjaman   Jumlah Pinjaman : RM500,000.00 Kadar Faedah: 5% Jangka bayar balik : 5 Tahun Kaedah : Bayar Bulanan     5. ...