Skip to main content

Pengenalan

 ANZ Bakery Sdn. Bhd dikenali sebagai Anz Bakery Shop. Ditubuhkan pada tahun 2018. Ia mula beroperasi sebagai perniagaan secara kecil-kecilan di rumah sahaja. Kedai pertama terletak di Taman Kota Nelayan, Kedah. Pada tahun 2019, ANZ Bakery Sdn. Bhd telah menjadi sebuah Syarikat Sendirian Berhad dan mula beroperasi sepenuhnya di kawasan Alor Setar, Sungai Petani dan Kuala Ketil, Kedah. Sebagai syarikat yang menghasilkan produk makanan ringan, ANZ Bakery mendapat perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat tida kira umur, kaum atau bangsa mahupun negara.

ANZ Bakery Sdn Bhd juga merupakan kedai yang mengutamakan dua makanan ringan iaitu suci dalam debu milo dan kek batik yang telah terkenal di seluruh negara malaysia. Kami bercadang akan memperbanyakkan lagi perisa kek batik dan suci dalam debu milo ini atas permintaan pelanggan yang tinggi.

ANZ Bakery Sdn Bhd menggambarkan kemahiran kami dalam menggabungkan kemahiran masing- masing dalam dalam menghasilkan produk makanan ringan untuk mewujudkan hasil yang harmoni dan lengkap yang diharapkan oleh pelanggan kami. ANZ Bakery Sdn Bhd dengan bangga menetapkan standard kecemerlangan dalam pelaksanaan. ANZ Bakery Sdn Bhd melayani pelanggan mengikut maklumat balas daripada pelanggan untuk menambahkan kualiti produk syarikat. ANZ Bakery Sdn Bhd mengambil berat tentang kualiti nilai mengikut kesesuaian pelanggan, kepuasan pelanggan, bahan-bahan yang diguanakn untuk menghasilkan produk, kebersihan dan kelajuan dalam melaksanakan tugas dengan baik dalam masa yang ditetapkan.

Menurut kami, usaha ini dapat berkembang dan akan mencapai keberhasilan seiring dengan zaman kini iaitu pengguna yang lebih gemar membeli makanan daripada menghasilkannya. Selain itu, kami berharap perniagaan ini akan maju dan akan terus berkembang walaupun kami baru sahaja memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Kami akan meneruskan usaha ini sehingga berkembang pesat dan terus menjalankan perniagaan kami supaya lebih maju dan kukuh.

Comments

Popular posts from this blog

Rancangan Pemasaran

  Rancangan Pemasaran 1.  Produk yang ditawarkan Anz Bakery mengeluarkan produk seperti kek batik dan suci dalam debu. Selain itu Anz Bakery juga menawarkan perkhidmatan penghantaran produk kepada pelanggan. Pelanggan boleh membuat tempahan kek batik dan produk lain untuk majlis perkahwinan, sebagai cenderahati dan sebagainya. Selain itu, Anz Bakery juga menawarkan perkhidmatan istimewa iaitu gerai bergerak, di mana pelanggan boleh mendekorasi sendiri kek cawan mereka. Pelanggan juga boleh membuat tempahan Perkhidmatan ‘Gerai bergerak’ untuk majlis hari jadi, sambutan hari keluarga dan sebagainya. 2.  Saiz pasaran Sasaran pasaran Anz Bakery tertumpu daerah Kuala Ketil, Alor Setar, Kuala Muda dan membakut di mana ia merangkumi kawasan seluas 30 kilometer radius. Jumlah penduduk di kawasan Kuala Ketil adalah kira-kira 61,698 orang, manakala jumlah penduduk di kawasan Alor Setar 56,634. Penduduk yang tinggal di sekitar pekan Kuala Muda pula dianggarkan seramai 10,000 orang. ...

Objektif

  Objektif 1- Meluaskan pasaran produk Anz Bakery ke seluruh Semenanjung dan juga menembusi pasaran sabah dan sarawak serta ke luar negara . 2- Melantik stokis di setiap negeri dan daerah dimana stokis Negeri membangunkan dan memasarkan di setiap daerah . 3- Memasarkan produk ke Hypermarket seperti Mydin, Lotus, Giant , Aeon Big dan lain-lain Hypermarket yang mana pasaran produk kering keluaran Bumiputera dan halal amat berpotensi.   4- Meningkatkan promosi tang lebih agresif di mana perancangan Anz Bakeri ialah mempromosikan produk di media utama iaitu di Televisyen , Radio, akhbar dan juga di Internet . 5- Menambah baik kualiti setiap produk di mana pihak syarikat akan memperuntukkan sejumlah pelaburan untuk Research dan Development ( R & D) 6- Mengembang dan meningkat serta menaik taraf Sistem Ala Francais dengan Meluas dan Ebih Bersistematik . 7- Menyediakan kumpulan pengurusan dan kakitangan sokongan yang komited , cekap dan Berdisiplin untuk menyokong sistem operasi ...

Rancangan Kewangan

  Rancangan Kewangan   1.  Kos Projek   Perkara Unit Status Nilai (RM) Bangunan 1 buah Sewa 24,000 (2,000/bulan) Van 1 buah Pinjaman 40,000 Peralatan Pejabat 6 set Belian tunai 2,500 Ketuhar 9 buah Belian tunai dan kredit 500,000 Perabot dan almari 10 set Belian tunai 31,500 Komputer 5 set Belian tunai 15,000 Jumlah 613,000   2.  Sumber Pembiayaan   Modal sendiri (Ahli kongsi) Nilai Sumbangan Nur Nashira Binti Nasir RM 150,000.00 Nur Zulaikha Binti Mahadzir RM 150,000.00 Nurul Ainin Aida Binti Jais RM 500,000.00 Jumlah RM 800,000.00   3.  Pinjaman Tujuan memohon pinjaman : Sebagai modal tambahan untuk membiayai syarikat pinjaman dibuat melalui Bank Bumiputera- Commerce pada kadar faedah 5% setahun. Jangka masa pembayaran balik pinjaman Rm500,000.00 adalah dalam tempoh 5 tahun. 4.  Jadual bayaran balik pinjaman   Jumlah Pinjaman : RM500,000.00 Kadar Faedah: 5% Jangka bayar balik : 5 Tahun Kaedah : Bayar Bulanan     5. ...