Latar Belakang Organisasi Perniagaan/ Syarikat
ANZ Bakery Sdn. Bhd dikenali sebagai Anz Bakery Shop. Ditubuhkan pada tahun 2018. Ia mula beroperasi sebagai perniagaan secara kecil-kecilan di rumah sahaja. Kedai pertama terletak di Taman Kota Nelayan, Kedah. Pada tahun 2019, ANZ Bakery Sdn. Bhd telah menjadi sebuah Syarikat Sendirian Berhad dan mula beroperasi sepenuhnya di kawasan Alor Setar, Sungai Petani dan Kuala Ketil, Kedah. Sebagai syarikat yang menghasilkan produk makanan ringan, ANZ Bakery mendapat perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat tida kira umur, kaum atau bangsa mahupun negara.
ANZ Bakery Sdn Bhd juga merupakan kedai yang mengutamakan dua makanan ringan iaitu suci dalam debu milo dan kek batik yang telah terkenal di seluruh negara malaysia. Kami bercadang akan memperbanyakkan lagi perisa kek batik dan suci dalam debu milo ini atas permintaan pelanggan yang tinggi.
ANZ Bakery Sdn Bhd menggambarkan kemahiran kami dalam menggabungkan kemahiran masing- masing dalam dalam menghasilkan produk makanan ringan untuk mewujudkan hasil yang harmoni dan lengkap yang diharapkan oleh pelanggan kami. ANZ Bakery Sdn Bhd dengan bangga menetapkan standard kecemerlangan dalam pelaksanaan. ANZ Bakery Sdn Bhd melayani pelanggan mengikut maklumat balas daripada pelanggan untuk menambahkan kualiti produk syarikat. ANZ Bakery Sdn Bhd mengambil berat tentang kualiti nilai mengikut kesesuaian pelanggan, kepuasan pelanggan, bahan-bahan yang diguanakn untuk menghasilkan produk, kebersihan dan kelajuan dalam melaksanakan tugas dengan baik dalam masa yang ditetapkan.
Menurut kami, usaha ini dapat berkembang dan akan mencapai keberhasilan seiring dengan zaman kini iaitu pengguna yang lebih gemar membeli makanan daripada menghasilkannya. Selain itu, kami berharap perniagaan ini akan maju dan akan terus berkembang walaupun kami baru sahaja memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Kami akan meneruskan usaha ini sehingga berkembang pesat dan terus menjalankan perniagaan kami supaya lebih maju dan kukuh.
NAMA ORGANISASI : | ANZ BAKERY SDN.BHD |
NOMBOR PENDAFTARAN : | NNN208 |
ALAMAT ORGANISASI PERNIAGAAN/SYARIKAT : | Lot 22 Bangunan Maju Jaya, Jalan Tanjung Bendahara, 05300, Alor Setar, Kedah. |
ALAMAT SURAT MENYURAT : | Lot 22 Bangunan Maju Jaya, Jalan Tanjung Bendahara, 05300, Alor Setar, Kedah. |
NOMBOR TELEFON : | 04-2356265 (Pejabat) |
ALAMAT E-MEL : | aanzbakery@gmail.com |
ALAMAT LAMAN WEB : | http://anzbakeryy.blogspot.com |
BENTUK PERNIAGAAN : | Perniagaan makanan |
BENTUK MILIKAN ORGANISASI PERNIAGAAN/SYARIKAT : | PERKONGSIAN |
KEGIATAN UTAMA SYARIKAT : | Memasarkan produk makanan ringan |
TARIKH PENDAFTARAN : | 28 Disember 2018 |
MODAL PERMULAAN DAN SUMBER PEMBIAYAAN : | RM10000 (Pinjaman MARA) |
NAMA DAN ALAMAT PEMEGANG SAHAM : | 1- Nur Nashira Binti Nasir J221, Lorong Kn8, Taman Kota Nelayan, 06600 Alor Setar, Kedah. 2- Nur Zulaikha Binti Mahadzir No 520 Lorong Nawa 25, Bandar Utama Casa Impian, 08000 Sungai Petani, Kedah. 3- Nurul Ainin Aida Binti Jais No 308A Lorong Bidara 12/1, Taman Desa Bidara 09300 Kuala Ketil, Kedah.
|
NAMA BANK YANG DIGUNAKAN : OLEH SYARIKAT | MAYBANK |
JENIS AKAUN YANG DIBUKA OLEH SYARIKAT : | Perniagaan |
Comments
Post a Comment