Kesimpulan Daripada perancangan yang kami hasilkan, kami berpendapat bahawa syarikat kami iaitu Anz Bakery, sebuah perniagaan yang berasaskan produk kek batik dan suci dalam debu mampu melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara sihat dengan syarikat-syarikat kek lain yang ada di pasaran. Dengan modal yang mencukupi dan komitmen yang padu daripada setiap ahli, maka kami optimis dengan perniagaan yang kami ceburi ini, Tambahan pula, masyarakat kini, tidak kira tua atau muda mahupun kanak-kanak masing-masing lebih gemar serta menitikberatkan kesedapan dan keunikan rasa kek yang disediakan. Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang rapi yang telah kami atur, kami mampu untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah sedia ada. Dalam operasi kami menggunakan ketuhar industri yang tahan lasak dan pekerja-pekerja yang berkemahiran dan terlatih. Dengan ini kami berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi citarasa pelanggan. Kami juga amat yakin ...
Rancangan Pemasaran 1. Produk yang ditawarkan Anz Bakery mengeluarkan produk seperti kek batik dan suci dalam debu. Selain itu Anz Bakery juga menawarkan perkhidmatan penghantaran produk kepada pelanggan. Pelanggan boleh membuat tempahan kek batik dan produk lain untuk majlis perkahwinan, sebagai cenderahati dan sebagainya. Selain itu, Anz Bakery juga menawarkan perkhidmatan istimewa iaitu gerai bergerak, di mana pelanggan boleh mendekorasi sendiri kek cawan mereka. Pelanggan juga boleh membuat tempahan Perkhidmatan ‘Gerai bergerak’ untuk majlis hari jadi, sambutan hari keluarga dan sebagainya. 2. Saiz pasaran Sasaran pasaran Anz Bakery tertumpu daerah Kuala Ketil, Alor Setar, Kuala Muda dan membakut di mana ia merangkumi kawasan seluas 30 kilometer radius. Jumlah penduduk di kawasan Kuala Ketil adalah kira-kira 61,698 orang, manakala jumlah penduduk di kawasan Alor Setar 56,634. Penduduk yang tinggal di sekitar pekan Kuala Muda pula dianggarkan seramai 10,000 orang. ...